?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Seronok buat kerja dakwah: Dr Taufiq

Oleh Azman Zakaria

Foto Noor Azreen Awang

SERDANG, 24 Jan- “Saya seronok melakukan kerja-kerja dakwah, saya mahu memberi penerangan kepada orang ramai dan membantu dalam usaha membetulkan persepsi negatif sebahagian masyarakat terhadap Islam.”

Demikian kata-kata Pensyarah di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM),  Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Prof. Dr. Taufiq, yang juga Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), berkata sekelumit usaha yang dilakukannya itu diharap sekurang-kurangnya dapat membantu sedikit sebanyak dalam memperbetulkan semula imej Islam pada pandangan sebahagian masyarakat.

“Saya amat terharu apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul,” katanya dalam temu bual di sini.

Beliau melahirkan penghargaan kepada UPM kerana UPM adalah institusi pengajian tinggi tempat beliau melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat sarjana sebelum menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Manchester.

Katanya, selepas itu beliau bekerja sebagai pensyarah di UPM bermula 1997 yang membolehkannya menjalankan penyelidikan seterusnya memenangi pelbagai anugerah termasuk di peringkat antarabangsa.

“Pencapaian saya di UPM tentunya juga adalah faktor yang menyumbang kepada pemilihan saya sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul,” katanya.

 

Antara anugerah dan pencapaiannya ialah Anugerah Saintis Muda Negara (2002), Top Research Scientist Malaysia (2013), The Outstanding Young Malaysian Award (2008), Felo Akademi Sains Malaysia (2015), Felo Institut Kimia Malaysia (2009) dan Felo ‘Royal Society of Chemistry,’ United Kingdom (2008).

Prof. Dr. Taufiq yang juga Ketua Pusat Sains Pemangkin dan Penyelidikan Teknologi Putra (PutraCAT) UPM, berkata melalui penyelidikan di pusat itu, beliau mahu membantu negara memajukan penghasilan bahan api bio (bio-fuel) yang murah dan secara lestari daripada bahan buangan atau biomass.

“Negara kita kaya dengan sumber asli yang boleh menghasilkan ‘bio-fuel’… ini boleh menjadi pengganti kepada petroleum yang suatu hari nanti akan habis,” katanya yang juga pengasas pusat itu yang ditubuhkan pada 2008.

Sebagai presiden MACMA pula, katanya, persatuan itu turut berperanan sebagai agen dalam memperkukuhkan lagi perpaduan kaum di negara ini kerana MACMA yang dianggotai masyarakat Cina Islam memahami budaya Cina sama ada yang tidak bertentangan ataupun yang bertentangan dengan Islam, seterusnya boleh bersama dalam aktiviti masyarakat bukan Islam di negara ini.

Prof. Dr. Taufiq yang lahir pada 1968 di Kota Kinabalu, Sabah berkata, meskipun beliau dan adik beradik tirinya berlainan agama, hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat dan saling menghormati agama yang dianuti, dan setiap tahun akan berkumpul makan malam bersama ketika Tahun Baharu Cina.

Katanya, bapanya meninggal dunia ketika beliau dalam kandungan ibunya. Ibunya, Chin Szi Kiaw kemudian berkahwin dan memperoleh tiga anak.

Menurut Prof. Dr. Taufiq, beliau mula ‘mencari’ Tuhan pada tahun 1983 ketika berada di tingkatan empat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan All Saints, Kota Kinabalu dan banyak bertanya kepada gurunya, Cikgu Shamsiah Shafie dan rakan-rakan yang beragama Islam.

“Ketika itu saya sudah mula belajar dan menghafal bacaan dalam solat daripada buku-buku dalam tulisan rumi, malah sudah mula bersolat walaupun belum lagi memeluk Islam.

“Sebelum memeluk agama Islam, saya ada bagi ‘hint’ kepada mak dan kemudian bercerita kepada mak… mak tidak melarang malah memberi sokongan.

“Seminggu sebelum saya memeluk Islam, mak bawa saya ke kedai dan membeli pinggan mangkuk dan kuali untuk kegunaan saya kerana mak faham kuali dan pinggan mangkuk yang mereka gunakan, tidak boleh saya guna,” katanya.

Katanya, beliau melafaz kalimah syahadah pada 26 November 1983 di hadapan Ustaz Suhardi tetapi beliau tidak didaftar sebagai beragama Islam kerana ketika itu masih di bawah umur.

“Bapa tiri saya tidak mengetahui saya telah memeluk agama Islam tetapi kemudian mula dapat merasakan perbezaan itu ketika makan malam bersama apabila mula tertanya-tanya mengapa makanan dimasak berasingan dan menggunakan pinggan mangkuk yang berasingan untuk saya,” katanya.

Prof. Dr. Taufiq berkata, bapa tirinya itu mendapat tahu beliau memeluk agama Islam daripada guru sekolah, dan bapa tirinya itu tidak melarangnya.

“Pada 1985 bapa tiri saya sakit dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Ko