SERDANG, 12 Jan - Seramai 22 orang pelajar dan dua orang guru dari Yokohama Science Frontier (YSF) Jepun, telah membuat aktiviti penyelidikan di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) UPM, baru-baru ini.
Pensyarah Kanan FBSB UPM, Dr. Ahmad Muhaimin Roslan berkata selama dua hari delegasi YSF di UPM pelbagai aktiviti bermanfaat telah dilakukan seperti lawatan ke kilang sawit Seri Bandar Palm Oil Mill Sdn Bhd.

"Pada hari kedua, pelajar telah mengikuti Program Pemindahan Ilmu (KTP) berkaitan nanocellulose yang telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin.