?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Kurang Tenaga Buruh Punca Nelayan Laut Dalam Berkurang




Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Saleha Haron



Jumlah nelayan laut dalam di negara ini semakin berkurangan, justeru kumpulan ini disarankan agar lebih aktif bagi memastikan tangkapan dan pendaratan ikan dapat ditingkatkan demi menjamin keterjaminan makanan negara.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), Dato’ Azahari Othman berkata, nelayan tempatan disarankan untuk menceburi sektor perikanan laut dalam dengan lebih serius serta mengutamakan pemodenan kaedah tangkapan bagi meningkatkan hasil.

“Oleh itu, nelayan perlu bersedia mempelajari kemahiran khusus dalam bidang laut dalam kerana ia memerlukan kepakaran dan penggunaan teknologi moden.




“Kekurangan tenaga buruh dalam sektor ini menyebabkan sumber ikan laut dalam tidak dimanfaatkan sepenuhnya, dan inilah yang membuka ruang kepada pencerobohan oleh nelayan asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan (PKMK 2025) yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Tambahnya, stok ikan yang tidak dieksploitasi secara sah menjadi tarikan kepada nelayan asing yang menceroboh perairan Malaysia untuk menangkap ikan secara haram kerana mengetahui perairan negara kaya dengan hasil laut.

“Negara kita mempunyai sumber ikan laut dalam yang banyak, tetapi kekurangan nelayan berkemahiran serta teknologi moden menyebabkan hasil ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Akibatnya, kita mengalami kerugian dari segi ekonomi dan keselamatan maritim,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar lebih banyak usaha dilakukan untuk memperluas sektor perikanan laut dalam, termasuk dari segi latihan, penyediaan kemudahan dan galakan kepada nelayan muda.

PKMK 2025 yang dianjurkan oleh UPM menghimpunkan seramai 686 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan industri bagi membincangkan hala tuju dasar pertanian dan sekuriti makanan negara.

WYGNGA0~