?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM latih staf KAGAT dan MAIWP memperkasa kompetensi teknologi maklumat

 

SERDANG, 24 September – Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah bekerjasama dengan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperkasakan kompetensi staf berkenaan ilmu teknologi komputer baru-baru ini.

 

Dekan FSKTM, Dato’ Profesor Dr. Shamala K. Subramaniam berkata, melalui bengkel kemahrian teknologi maklumat ini peserta dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan agensi mereka kepada masyarakat.

 

“Peserta didedahkan dengan kemahiran pembangunan laman web, aplikasi bergerak dan konfigurasi, asas videografi serta peningkatan kemahiran dakwah siber.

 

“Program usahasama ini antara inisiatif FSKTM untuk menyumbang tenaga pakar dalam meningkatkan kemahiran teknologi komputer kepada masyarakat,” katanya semasa Majlis Perasmian Bengkel Asas Perkomputeran.