???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM, Pfizer jalin kerjasama perkukuh penyelidikan dan pembangunan sains

 

SERDANG, 5 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh jaringan strategik bersama sektor industri menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. bagi memacu penyelidikan, inovasi, dan pembangunan komuniti dalam bidang sains.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, kerjasama dengan pemain industri seperti Pfizer membuka ruang yang lebih luas untuk memperkasa agenda penyelidikan dan pembangunan modal insan negara.

 

“Kolaborasi strategik sebegini bukan sahaja meningkatkan keupayaan institusi dalam penyelidikan bertaraf global, malah turut memberi nilai tambah dalam membentuk graduan yang bersedia menyumbang kepada masyarakat dan industri,” katanya.

 

 

Ketua Kluster Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina Pfizer, Deborah Seifert, berkata Pfizer komited menyokong usaha pendidikan dan penyelidikan negara selaras dengan agenda tanggungjawab sosial serta kemajuan kesihatan sejagat.

 

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat memperluas sumbangan dalam bidang sains, termasuk pembangunan pelajar, latihan industri, literasi kesihatan digital serta tanggungjawab sosial rentas sempadan (CST),” katanya.

 

Dalam pada itu, kerjasama ini dijangka membuka peluang kolaborasi jangka panjang yang menyokong aspirasi UPM sebagai universiti unggul dalam bidang penyelidikan dan pendidikan tinggi.

WYGGEA~