SERDANG, 5 Jun - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan Pahang (YP) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Indera Mahmud Mohd Nawawi, di UPM Serdang, hari ini.
Pertemuan ini membincangkan potensi kerjasama strategik antara UPM dan YP dalam bidang agropreneur, akuakultur, pemantauan pergerakan gajah serta pembangunan tapak semaian.
Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan berkata, cadangan kolaborasi yang diketengahkan selari dengan bidang keutamaan UPM, khususnya dalam bidang pertanian dan inovasi berasaskan komuniti.
"UPM mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai projek agro yang berjaya dan juga melalui cabaran. Banyak model yang telah kami bangunkan boleh diterokai bersama demi manfaat kolektif," katanya.
D