?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Paramedik, 'penjaga senyap' di sebalik ketahanan kadet PALAPES

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Muhammad Najman Saleh

 

SERDANG, 9 Sept – Di sebalik langkah tegap 1,927 kadet yang bakal diraikan dalam Istiadat Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-43 pada 13 September ini, berdiri pasukan paramedik yang menjadi ‘penjaga senyap’, memastikan ketahanan fizikal dan keselamatan setiap peserta.

 

Mereka tidak beruniform segak di barisan kawad, tidak berarak di hadapan ribuan penonton, namun kesediaan mereka di lapangan menjadi benteng utama yang melindungi kadet, pegawai dan tetamu sepanjang acara bersejarah itu.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perubatan, Dr. Arma Noor, berkata peranan pasukan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) tidak hanya terhad kepada kadet UPM, sebaliknya merangkumi semua tetamu daripada universiti awam lain.

 

“Kita menyediakan perlindungan perubatan untuk semua termasuk kadet, pengiring, pegawai, staf, malah ibu bapa yang hadir. Dengan jumlah kehadiran yang besar, persiapan kami tidak boleh sambil lewa,” katanya.

 

Bagi memastikan kesiapsiagaan, dua khemah utama didirikan di Padang Kawad UPM sebagai pusat rawatan segera.

 

“Khemah A menjadi tumpuan dengan doktor, pembantu perubatan, jururawat serta pembantu perawat kesihatan lelaki dan perempuan ditempatkan di situ. Jika berlaku limpahan pesakit, pasukan sokongan di Khemah B serta bilik gerakan akan mengambil alih,” jelasnya.

 

Tambah beliau, penugasan dibahagikan mengikut syif bermula awal pagi hingga lewat malam. Hospital berdekatan turut dimaklumkan agar bersedia sekiranya berlaku keperluan rujukan segera.

 

Dr. Arma turut menyatakan penghargaan kepada universiti awam lain antaranya Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menghantar staf paramedik bagi memperkukuh pasukan perubatan UPM.

 

“Saya berharap pasukan kami kekal kuat dan sihat sepanjang majlis berlangsung. Kerjasama antara universiti ini membuktikan solidariti demi keselamatan bersama,” katanya.

 

Bagi Penolong Pegawai Perubatan PKU, Mohd Saifullah Mohd Zaini, pengalaman bertugas kali ini memberi makna mendalam. Sebagai ketua pasukan logistik di base perubatan, beliau mengakui rasa teruja bercampur gusar.

 

“Cabaran besar ialah pengurusan masa dan memastikan setiap ahli faham aliran kerja, termasuk penggunaan stretcher dengan betul. Ia nampak mudah, tetapi jika tersilap ketika kecemasan, boleh jadi masalah besar,” katanya.

 

Setiap hari, dua pasukan paramedik dibentuk, masing-masing terdiri daripada tujuh hingga lapan anggota. Tugas mereka merangkumi pemantauan simptom, rawatan ringan seperti demam atau selesema, hinggalah kepada kes lebih serius seperti heat exhaustion akibat cuaca terik.

 

“Biasanya kami boleh kawal heat exhaustion, tetapi bila disertai hyperventilation, ia mencabar. Pesakit jadi panik, tangan kebas, badan kejang dan tidak boleh bercakap. Rawatan awal paling penting ialah menyejukkan badan dan mengajar teknik pernafasan betul,” jelasnya.

 

Rawatan pantas menggunakan ais dan kain basah sering menjadi langkah penyelamat sebelum doktor menentukan sama ada pesakit memerlukan rawatan lanjut seperti pemasangan drip intravena (IV).

 

Tambah Mohd Saifullah, setiap hari sekitar 10 hingga 20 kadet tumbang akibat keletihan, terutama ketika latihan kawad di bawah panas terik.

 

“Paramedik ibarat pembantu rapat kepada doktor. Apa sahaja arahan rawatan awal, kami laksanakan segera. Inilah pengalaman berharga yang mengajar kami tentang protokol ketenteraan dan erti tanggungjawab,” katanya.

 

Paramedik Markas Batalion Kedua Perubatan Kor Kesihatan Diraja, Kem Mahkota Kluang, Johor, Pbt Flannian Reynalt Fazul@Kasul, turut berkongsi pengalamannya bertugas di UPM.

 

“Saya melihat tahap komitmen tinggi petugas paramedik universiti yang sangat menginspirasikan. Ia memberikan perspektif baharu kerana sebelum ini saya lebih banyak berkhidmat bersama anggota tentera,” katanya.

 

Istiadat Pentauliahan kali ini bukan sahaja menjadi medan pengiktirafan kepada 1,927 kadet, tetapi juga menyerlahkan dedikasi pasukan paramedik yang bekerja dalam diam memastikan keselamatan dan ketahanan setiap wira negara masa depan.

WYJJVAW~