?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Rumah WPNA perkasa komuniti warga emas di Seremban

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Noor Azreen Awang

 

SEREMBAN, 4 Ogos – Penubuhan Rumah Wakaf Pak Ngah Atan (WPNA) di Seremban membuka lembaran baharu dalam memperkasa komuniti warga emas menerusi pelbagai program sokongan sosial dan pembelajaran sepanjang hayat.

 

Inisiatif ini adalah hasil kolaborasi antara Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®?), Universiti Putra Malaysia (UPM), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

 

WPNA ditubuhkan sebagai pusat komuniti yang menyediakan ruang pembelajaran sepanjang hayat, sokongan sosial dan penjagaan kesejahteraan khusus buat warga emas. Kos pengubahsuaian rumah ini turut ditampung sebahagiannya oleh WAZAN dan MAINS.

 

Pendaftar UPM, Muhazam Mansor, berkata usaha ini selaras dengan komitmen universiti dalam memartabatkan peranan sosial institusi pendidikan tinggi melalui penglibatan aktif bersama komuniti.

 

“Wakaf ini bukan sahaja mencerminkan nilai amal jariah pewakaf, malah membuka ruang kerjasama rentas institusi, komuniti dan keluarga dalam membentuk ekosistem sokongan warga emas yang mampan,” katanya semasa merasmikan Majlis Perasmian WPNA di sini.

 

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan mock cek sumbangan wakaf bernilai RM175,015.00 kepada Pengerusi Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE@MyAgeing), Md Zin Abdullah.

 

Penyerahan tersebut disaksikan oleh Pengerusi MAINS, Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir serta pewakaf WPNA, Hasnah Udin.

 

Pengarah MyAgeing®, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, menjelaskan bahawa fasa pertama WPNA menumpukan kepada pembinaan komuniti aktif warga emas melalui program sosial dan pembelajaran, manakala fasa seterusnya akan melibatkan aspek penjagaan secara holistik.

 

“Kita mahu wujudkan tempat untuk mereka belajar sesuatu yang baharu, bertemu rakan seusia dan berinteraksi secara sihat. Selepas komuniti kukuh barulah kita akan kembangkan perkhidmatan ke arah penjagaan,” katanya.

 

Tambah beliau, rumah ini diinspirasikan daripada usaha Institut Gerontologi yang ditubuhkan sejak 2002, dan disambut baik oleh pewakaf yang ingin menyumbang kepada kesejahteraan warga emas.

 

“WPNA kini menjadi platform penting dalam mencetuskan komuniti warga emas yang sihat, aktif dan saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

 

Dalam pada itu, Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE@MyAgeing) yang didaftarkan sebagai NGO pada September 2001 kini mengendalikan aktiviti di WPNA.

 

Timbalan Pengerusi PAWE@MyAgeing, Azizah Pontar, berkata penubuhan WPNA amat bertepatan memandangkan kawasan tersebut merupakan antara kawasan tertua di Seremban dari segi demografi penduduk.

 

“Kami bersyukur seorang pewakaf telah menyumbangkan rumah ini kerana ia menjadi pusat pertemuan warga emas untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman. Tenaga pengajar di sini adalah terdiri daripada pensyarah UPM, MAINS dan petugas kesihatan,” katanya.

 

Tambah beliau, kebanyakan ahli warga emas terdiri daripada ibu tunggal yang kini mendapat ruang untuk meluahkan perasaan, berkongsi masalah serta menerima bimbingan daripada kaunselor yang dijemput dari MAINS.

 

“Kita menggalakkan mereka untuk kekal aktif dan bersosial selagi sihat bagi meningkatkan tahap kendiri dan kesejahteraan mental serta sosial,” katanya.

WYIFCA~