?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pelajar UPM bawa kepakaran pertanian ke komuniti Sepanggar

 

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Mohammad Izrul Bin Abdul Jabar

 

SERDANG, 22 Ogos – Seramai 20 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan kursus jangka pendek bagi memindahkan ilmu pertanian dan ternakan kepada komuniti Sepanggar semasa Program Jelajah Pendidikan Tinggi Untuk Komuniti di Sabah Siri Kedua, baru-baru ini.

 

Program yang melibatkan beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyalurkan kepakaran terus kepada masyarakat dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts.  Mustapha Sakmud.

 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, berkata ini adalah sejajar dengan hasrat UPM dalam menyokong agenda keterjaminan makanan dan memberi impak mampan kepada masyarakat setempat secara berterusan.

 

“Ini secara langsung memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari kepada komuniti sekali gus membuktikan kepakaran pertanian universiti berkualiti dan meyakinkan masyarakat,” katanya.

 

Tambah beliau, ini sejajar dengan nic universiti yang mengutamakan bidang pertanian sebagai teras utama universiti, selaras dengan peranannya sebagai institusi peneraju dalam penyelidikan, pendidikan dan inovasi pertanian yang menyokong agenda keselamatan makanan serta pembangunan mampan negara.

 

“Inisiatif ini membuktikan komitmen UPM dalam memastikan keterjaminan makanan melalui inovasi, jaringan kerjasama dan kecemerlangan akademik, kepada pembangunan pertanian negara serta kesejahteraan masyarakat,” katanya.

 

Dalam pada itu, para pelajar berkongsi kemahiran dalam beberapa bidang termasuk ternakan udang kara air tawar, penanaman cendawan tiram, pembuatan baja kompos, serta teknik menanam pokok durian Musang King dan mangga.

 

Kumpulan berkenaan terdiri daripada Jemaah Presiden UPM iaitu presiden persatuan anak negeri dengan pimpinan Pengerusi Persatuan Mahasiswa Sabah.

 

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman.

WYIXGAc~