?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Program SETAREX Encore@UPM lonjak usaha pengantarabangsaan pendidikan tinggi

 

 

 

 

 

 

 

 

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 



SERDANG, 20 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Kolej Sepuluh telah mengadakan Program SETAREX Encore: LionEdu@UPM bagi memperkukuh kerjasama akademik, memperluas jaringan antarabangsa, dan mempererat pertukaran budaya antara Malaysia dan China.

 



Program ini bertujuan sebagai platform pertukaran budaya dan akademik serta memainkan peranan strategik dalam memperkukuh hubungan antarabangsa melalui pendidikan tinggi.

 



Ketua Program, Adlin Nadhilah Sudarman, berkata penganjuran kali ini melengkapkan kitaran hubungan dua hala yang dibina sejak awal tahun kerana komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh jalinan strategik melalui pendekatan pendidikan, budaya dan diplomasi akademik.



“Penglibatan pelajar dalam program ini memberikan impak langsung kepada pembangunan sahsiah, kecekapan komunikasi rentas budaya dan kesediaan mereka untuk menghadapi cabaran dunia global,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 




Pelajar Bacelor Kejuruteraan Awam,Fakulti Kejuruteraan, UPM, Nur Mirrah Nashihin Zainal berkata, program ini bukan sahaja memberi peluang kepada delegasi Yunnan untuk mengenali budaya Malaysia, malah membuka ruang kepada kami sebagai pelajar untuk mengasah kemahiran mengurus acara bertaraf antarabangsa.

 



“Melalui program ini, kami dapat berinteraksi dengan delegasi dari Yunnan yang memberi kami peluang untuk memperluaskan perspektif dan mempelajari budaya baru yang berguna untuk kerjaya kami pada masa hadapan.

 



“Selain itu, pengalaman menguruskan pelbagai aktiviti sepanjang program ini telah meningkatkan kemahiran organisasi dan komunikasi kami, sekali gus mempersiapkan kami untuk cabaran kerja dalam suasana profesional yang berbilang budaya,” katanya.

 



Dalam pada itu, sesi perbincangan dua hala antara wakil Lion Education, YMU dan Kolej Sepuluh diadakan bagi membincangkan potensi kolaborasi masa hadapan dalam bentuk pertukaran pelajar, penyelidikan bersama dan program bahasa.

WYIXEA3~