?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM Perkenal Lima Projek AI Berimpak Tinggi di Sidang Kemuncak ASEAN AI 2025




KUALA LUMPUR, 12 Ogos
– Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju inovasi kecerdasan buatan (AI) di rantau ASEAN melalui penyertaan dalam Superbooth ASEAN Artificial Intelligence (AI) Summit) 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Pengarah Putra Science Park (PSP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Samsilah Roslan berkata, penyertaan UPM kali ini adalah sebahagian daripada inisiatif UPM-DNB AI Sandbox, hasil kerjasama strategik antara UPM dan Digital Nasional Berhad (DNB) yang bertujuan mengaplikasikan hasil penyelidikan AI kepada penyelesaian dunia sebenar.


“Melalui platform ini, UPM memperkenalkan lima projek penyelidikan berimpak tinggi merangkumi pelbagai bidang seperti pertanian pintar, teknologi bandar, dan kawalan kualiti hasil tani.


“Antara inovasi yang dipamerkan termasuk kajian oleh Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali dari Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) berkaitan pemetaan geografi untuk Indeks Kebakaran Hutan di tanah gambut, teknologi lampu isyarat pintar mesra alam oleh Dr. Azree Shahrel Ahmad Nazri dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), sistem pemantauan kesihatan padi oleh Dr. Noris Mohd Norowi dari FSKTM, penggunaan G-NDVI untuk mengesan tekanan tanaman oleh Prof. Madya Dr. Puteri Suhaiza Sulaiman dari FSKTM, serta pengesan pintar kualiti buah oleh Prof. Madya Dr. Norhashila Hashim dari Fakulti Kejuruteraan,'' katanya.



Majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN AI 2025 disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut meluangkan masa melawat reruai UPM.



Beliau berkata penglibatan ini menzahirkan komitmen UPM untuk memacu penyelidikan dan inovasi AI yang memberi impak positif kepada masyarakat, industri, dan negara, selain memperkukuh jaringan strategik di peringkat serantau selaras dengan aspirasi UPM sebagai universiti bertaraf dunia.


Turut hadir Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan PSP UPM, Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman.

WYINVAW~