?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pelajar Asnaf UPM terima RM510,000 Biasiswa BPMB

 

SERDANG, 24 Julai – Seramai 10 pelajar asnaf Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima sumbangan biasiswa berjumlah RM510,000 daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bagi membiayai pengajian mereka.

 

Mereka ialah Nurul Atiqah Mazlan (Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar), Nur Atirah Ibrahim (Fakulti Pengajian Pendidikan), Raihana Damia Marsya Ruslan (Fakulti Pengajian Pendidikan), Izzat Haqiqi Djuharno (Fakulti Pertanian), Wan Mohamad Asyraf Abd Razak (Fakulti Pertanian), Nur Masitah Ali (Fakulti Pertanian), Nor Atika Syafril (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), Amar Najman Che Rohi (Fakulti Kejuruteraan), Nur Asyiqin Mohd Ali (Fakulti Ekologi Manusia) dan Farah Ainnur Iman Rozini (Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat).

 

 

 

 

Sumbangan tersebut disampaikan dalam satu majlis penyerahan rasmi di Pejabat Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), melibatkan pelajar yang terpilih hasil sesi temuduga bersama wakil BPMB.

 

Kerjasama strategik antara UPM dan BPMB bukan sahaja menyokong pengajian pelajar, malah mencerminkan komitmen bersama dalam membina masa depan lebih cerah untuk generasi mahasiswa yang memerlukan.

 

Pengarah WAZAN, Haris Dahlan berkata, inisiatif ini memberi peluang kepada pelajar asnaf untuk mencapai kecemerlangan tanpa halangan kewangan.

 

“Bantuan ini memberi kesan langsung terhadap peningkatan prestasi akademik dan penglibatan aktif dalam kokurikulum,” katanya.

 

Ketua Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf, Maznur Nazila Moin berkata, jumlah penerima biasiswa BPMB meningkat berbanding tahun sebelumnya membuktikan kepercayaan dan komitmen berterusan pihak penaja.

 

“Kami amat menghargai keterlibatan BPMB dalam proses temuduga dan pemilihan pelajar yang layak da harapan saya agar penerima biasiswa ini tamat pengajian dengan jayanya,” katanya.

 

Salah seorang penerima, Amar Najman, berkata bantuan tersebut membuka ruang untuknya menumpukan sepenuhnya kepada pengajian dan mencapai impian keluarga.

 

“Biasiswa ini memberi harapan baharu buat saya. Ia bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi amanah untuk saya balas dengan kejayaan,” katanya.

 

WYHcWAb~