?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

968 Pelajar Baharu ASPutra UPM Lafaz Ikrar, Raikan Ulang Tahun Ke-20

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

SERDANG, 12 Ogos – Seramai 968 pelajar baharu Program Asasi Sains Pertanian, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) bagi sesi akademik 2024/2025 melafazkan Ikrar Pelajar Baharu pada Majlis Bersama Naib Canselor dan Ikrar Pelajar Baharu, di sini.

 

Majlis turut meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan ASPutra yang sejak 2004 telah melahirkan lebih 9,600 graduan berkualiti, sebahagian besarnya kini berkhidmat dalam pelbagai bidang profesional di dalam dan luar negara.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, dalam ucapannya berharap pelajar baharu dapat memperkukuh asas dalam bidang sains dan pertanian sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

 

“UPM sentiasa komited memperkasa bidang pertanian moden melalui pendidikan, penyelidikan dan inovasi, sekali gus menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara,” katanya.

 

Beliau turut mengingatkan pelajar supaya memanfaatkan peluang sepanjang berada di ASPutra untuk menggilap potensi akademik dan sahsiah, serta bersedia menghadapi cabaran pembelajaran yang lebih terbuka dan mencabar.

 

Pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd. Tah, pula menegaskan bahawa kejayaan ASPutra membuktikan peranannya sebagai pintu masuk cemerlang ke dunia akademik universiti.

 

“Harapan saya agar pelajar menjaga tingkah laku serta nama baik diri dan institusi, sama ada di alam nyata mahupun di dunia maya. Pelajar bukan sekadar pelajar malah pewaris harapan keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

 

Sementara itu, ASPutra turut diberi penghormatan menjadi tuan rumah Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2026, acara tahunan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Asasi Malaysia yang menghimpunkan pelajar asasi universiti awam dan matrikulasi seluruh negara.

WYINVAX~