?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Program Kembara Ilmu Agro@UPM dedah staf baharu kepada teknologi pertanian moden

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin




SERDANG, 12 Ogos – Program Kembara Ilmu Agro@UPM telah mendedahkan seramai 48 staf baharu kepada amalan dan teknologi pertanian moden berteraskan inovasi dan kelestarian.

Peserta turut diberi pendedahan secara langsung terhadap ekosistem pertanian moden UPM, sejajar dengan peranan universiti sebagai peneraju dalam bidang pertanian berasaskan sains.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM, Dr. Wong Siew Jye, berkata beliau mempelajari kaedah penanaman cendawan menggunakan bongkah di rumah.

“Penanaman cendawan ini sangat menjimatkan kos kerana mudah diusahakan, sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan membeli sayur-sayuran di pasar,” katanya.

Pensyarah Kanan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM, GS. Dr. Junaidah Abu Kasim, berkata penyertaannya buat pertama kali dalam program ini sejak berkhidmat di UPM memberi pengalaman baharu mengenai kaedah penanaman cendawan yang menitikberatkan aspek kebersihan dan kawalan kelembapan bagi penghasilan yang berkualiti.

“Saya dapat mempraktikkan ilmu ini di rumah dan turut membeli bongkah cendawan yang dijual untuk menuai hasil sendiri bersama keluarga,” katanya.




Dalam pada itu, para peserta turut diberi pendedahan kepada teknik penternakan ikan talapia di Ladang 10, Fakulti Pertanian UPM, yang bertujuan memperluas kefahaman mereka terhadap amalan penternakan berteknologi moden.

Program ini merupakan komponen Program Transformasi Minda (PTM) Pelaksana Siri 2/2025 anjuran Pejabat Pendaftar UPM, yang berlangsung di Pusat Pertanian Putra dan Fakulti Pertanian.

WYINVAW~