?? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

FSKTM UPM Lancar Program Penyelidikan dan Kerjasama Industri Bersama Steerix Sdn. Bhd.

Oleh: Nurin Amyra Amir Ahmad, Wartawan Pelatih, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM
Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

 

SERDANG, 29 Julai- Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini melancarkan secara rasmi Thriving the Industry Program – Partnership 1/2025, hasil kerjasama penyelidikan dalam bidang Kecerdasan Buatan Benda (AIoT) bersama Steerix Sdn. Bhd.

 

Majlis pelancaran yang berlangsung di Putra Future Classroom, FSKTM itu menandakan permulaan kepada kerjasama strategik antara pihak akademik dan industri dalam memperkasa penyelidikan pascasiswazah yang menyokong agenda nasional ke arah pembangunan kilang pintar menjelang 2030.

 

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zamberi Sekawi berkata, inisiatif seperti ini menjadi pemangkin kepada kerjasama rentas disiplin serta memupuk keterlibatan awal pelajar dengan realiti industri.

 

 

“Program ini seharusnya menjadi pembuka jalan untuk menggalakkan kerja berpasukan dan melihat sesuatu masalah dari pelbagai sudut pandang. Ia permulaan yang baik, dan pelajar juga akan mendapat pendedahan berharga kepada suasana industri sebenar,” katanya.

 

Dekan FSKTM, Dato’ Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam pula berkata, program tersebut sejajar dengan aspirasi “true north” yang digariskan oleh Naib Canselor UPM, iaitu memacu kerjasama strategik yang memberi impak langsung kepada industri.

 

 

“Usaha ini membawa nilai besar bukan sahaja kepada fakulti, malah kepada penyelidik dan pelajar. Kami tidak mahu sekadar menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) atau menempatkan pelajar untuk latihan industri semata-mata. Kami mahu menghasilkan harta intelek (IP) dan teknologi baharu bersama,” ujarnya.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Steerix Sdn. Bhd., Dr. Ragavan Krishnamoorthy menyifatkan kolaborasi ini sebagai langkah transformatif yang bakal memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

 

 

“Kerjasama ini membuktikan komitmen Steerix dalam menerajui penyelidikan AIoT serta menghubungkan kecemerlangan akademik dengan aplikasi industri sebenar. Kami yakin ia akan membawa lonjakan besar dan melahirkan bakat profesional berkemahiran tinggi,” katanya.

 

Pelancaran ini adalah kesinambungan daripada pengumuman kolaborasi strategik antara FSKTM UPM dan Steerix Sdn. Bhd. yang dibuat pada 28 Mac lalu, sekali gus memperkukuh sinergi jangka panjang antara dunia akademik dan industri.

 

WYHeAA7~